KEKASIH CIK CIRA

BERTUNANG SECARA TAK SENGAJA???

entri ni sesuai untuk pasangan kekasih yang sedang hangat bermadu asmara.........eh silap...yang sedang hangat bercinta...kamu yang dah kawin tak boley baca entri ni..


percaya atau tak korang boley bertunang tanpa korang sedari...kalau sape2 yang tak percaya,tu hak korang la tapi cik cira nak menyampaikan maklumat je....kita boley bertunang tanpa sedar apabila si lelaki iaitu boyprend kit(tak kan abang kot) menyatakan hasrat untuk menjadikan isteri.. ni biase la kan..da bercinta,mesti la nak kawin...sape la yang tak nak kawin kan...sian mak bapak tak dapat cucu tuk cabut uban die nanti..hehe..


TAPI.....korang gerenti tak tahu yang korang boley bertunang tanpa sedari jika situasi di bawah terjadi pada diri korang...





  • si lelaki menyatakan hasrat untuk memperisterikan makwenya dan makwenya bersetuju.korang rase adakah situasi ini boleh dianggap bertunang???? padahal mase tu mak bapak korang tak ada dan tak tahu pun pakwe/makwe korang menyatakan hasrat itu...yela,budak zaman sekarang kan main sms je...mane class men anta surat yang penuh dengan bedak mase zaman dulu2 kan....
  • pinang dari segi pandangan hukum fiqah membawa maksud si lelaki menyatakan hasrat untuk memperisterikan makwenya.jika si perempuan bersetuju,maka jadilah perempuan itu tunangnya...
  • cik cira bagi contoh la kan ;
                    pakwe : kanda nak jadikan dinda isteri kanda..dinda sudi??
                    makwe: nak nak nak....dinda sudi sangat.
  • bila si makwe dah setuju,maknanye dia da jadi tunang pakwenye la..walaupun mase tu diowang bercakap di telefon.
so, bila da jadi tunangan orang HARAM menerima pinangan lelaki lain taw...ingat tu!!!


kalau korang nak tahu,kan biase kita selalu tengok bila majlis bertunang je,diowang bawak rombongan 1 bas n hantaran segala bagai tu la kan..sebenarnya tu sume hanyalah adat orang melayu je.  dari segi hukum islam da jatuh hukum tunang taw...


ha tapi......ada tapi taw....perempuan yang gila, belum akhil baligh,bodoh dan tak boley berfikir, maka si perempuan ni memerlukan wali untuk menerima pinangan lelaki itu..

so korang kena check pasangan korang tu gila ke tak...law gila,hantar ke hospital tanjung rambutan..tak payah sibuk2 nak kawin..

ha tengok...ada yang terkezut....  ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SITUASI DIATAS?????

kalau ye,pikir-pikir kan la...tak kan cik cira plak yang pikirkan tuk korang kan...salam....

No comments:

Post a Comment