KEKASIH CIK CIRA

WAYANG FREE EPISOD 1

ha....da baca tak entri sebelum ni????
cik cira da cakap nak bagi tengok wayang free kan....
so sekarang cik cira tunaikan ape yang cik cira cakapkan tadi...


cara-cara nak dapat wayang free senang jerk..tak payah susah-susah...
korang just baca entri ni sampai habis...
kenapa perlu baca sampai habis?????
sebabnya wayang free yang cik cira maksudkan ialah cik cira akan menceritakan kembali cerita yang tengah hot sekarang ni kat pawagam...
bagi sesapa yang rase tak da kesempatan nak pergi tengok kat panggung wayang or memang jenis penakut, korang just tengok kat blog cik cira ni ha.....




cerita yang tengah hot sekarang ni tentu la cerita KHURAFAT....
sebelum cik cira cerita tentang cerita KHURAFAT ni,cik cira nak bagitahu yang cerita KHURAFAT ni memang BEST GILER!!!!


cik cira nak maklumkan,watak2 kat dalam cerita ni cik cira just nyatakan nama ;



  • shamsul-hero
  • liyana-heroin
  • si A - ex shamsul
cik cira just nyatakan nama camni sebab cik cira lupa nama diowang kat cerita ni....sorry ea....
dan apa yang cik cira ceritakan nanti tak da la sebijik2 macam filem ni...cik cira ada la short-shortkan sedikit.. 
so kalau takk puas hati,pergi la tengok cerita ni kat wayang atau pun nantikan cerita ni keluar kat TV.

PERHATIAN!!!
  • cik cira ceritakan episod ni mengikut episod ok...kalau nak tahu cerita selanjutnya,baca la entri seterusnya ok...
  • Andai ada sesiapa yang tak puas hati ngn cerita ni,sila bagi tahu ok...segala teguran amat dihargai..


EPISOD PERTAMA



shamsul baru sahaja berkahwin dengan isterinya, liyana... diowang balik ke kampung mak diowang sebab mak shamsul ni sakit..dulu mase sebelum kahwin,si shamsul ni selalu pergi ke masjid dengar ceramah..  so bila dia lawat mak dia kat kampung, baru dia berkesempatan dengar ceramah kat masjid.. mase tu ustaz kat masjid tu bagi ceramah tentang jangan menduakan ALLAH la...

mase balik,shamsul berjalan dengan ustaz tu...mase dalam perjalanan tu,ada penduduk cakap pak Aziz tengah  sakit dan meracau-racau macam orang kena rasuk..diowang pun pergi la ke rumah pak aziz..sampai kat rumah tu, hantu kat dalam badan tu cakap dia tak nak tinggalkan badan pak aziz sebab hantu tu nak tuntut janji yang pak aziz buat dulu iaitu pewaris...tapi ustaz ni paksa jugak hantu tu keluar...mase nak keluar kan hantu tu,badan pak cik aziz tu sampai berpusing2 la dan naik sampai nak sampai ke syiling...akhinya benda tu keluar...

shamsul ni pun balik la ke rumah...mase kat depan rumah,tetiba dia rase macam ada yang mengacau dia...mase tu dia terdengar suare perempuan menangis...yang si shamsul ni pun bodoh pergi cari-cari suare tu. tetiba dia ternampak hantu tu tapi sekali imbas je la...pastu secara tiba-tiba dia rasa ada benda kat belakang dia...dia pun menoleh....dia terkejut beruk sebab tu ialah isteri dia,liyana...isteri dia suh masuk kat dalam rumah sebab da lewatkan...

mase suami isteri ni tido, tetiba si liyana ni terjaga sebab terdengar bunyi pelik...liyana pun bangun dan gerakkan shamsul tapi si shamsul ni tak bangun-bangun...liyana pun dengan berani keluar la nak tengok bunyi ape kan...mase tengah berjalan ttu tetiba dia ternampak hantu tu merangkak nak pergi kat dia..dia pun takut la kan..dia menjerit...pastu hantu tu hilang..dia pun lega la kan..pastu tetiba dia rasa ada something kat atas dia...dia pun tengok la...hantu tu rupanya ada kat atas syiling..dia pun ape lagi...berlari masuk ke bilik...



tiba-tiba......................









bersambung....~~~



10 comments:

  1. meremangkn bulu roma saje.. huhu

    ReplyDelete
  2. Aq pown sda tgok! seronok!! ^___^

    ReplyDelete
  3. popolita=cerita hantu...biase la...

    cik kira= tol3...seronok..

    ReplyDelete
  4. cik cira ni,tak habis lagi dah men sambung2.hehe nasib baik dah tgk kat wyng,pepun lagi bagus ni dari 2 alam..heheee

    ReplyDelete
  5. sambung~~~ hahaha sumer tak sabau tuh!

    ReplyDelete
  6. w.storm=kita tak tengok 2alam sbb diowg cakap tak best...hhhhhhheeeee

    dorayaki= nantikan ea

    ReplyDelete